Loading...
FRIM, 8 September 2022

DAIKIN X FRIM CSR Activity

DAIKIN X FRIM CSR Activity | Daikin Malaysia

𝗗𝗔𝗜𝗞𝗜𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠 𝗣𝗢𝗞𝗢𝗞 𝗗𝗜 𝗙𝗥𝗜𝗠
6 Ogos 2022 – Daikin Malaysia Sdn. Bhd. kembali ke FRIM untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 6 Ogos 2022 lalu. Syarikat tersebut pernah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada Oktober 2016 dengan menanam 80 pokok.
Kali ini, seramai 32 peserta yang diketuai oleh Mitsuo Honda, Naib Presiden Kanan selaku Pengarah Bahagian Pembuatan menanam 40 pokok seperti merawan meranti (𝘏𝘰𝘱𝘦𝘢 𝘴𝘶𝘭𝘤𝘢𝘵𝘢), belian (𝘌𝘶𝘴𝘪𝘥𝘦𝘳𝘰𝘹𝘺𝘭𝘰𝘯 𝘻𝘸𝘢𝘨𝘦𝘳𝘪), resak daun panjang (𝘝𝘢𝘵𝘪𝘤𝘢 𝘯𝘪𝘵𝘦𝘯𝘴), meranti kepong (𝘚𝘩𝘰𝘳𝘦𝘢 𝘰𝘷𝘢𝘭𝘪𝘴), keruing neram (𝘋𝘪𝘱𝘵𝘦𝘳𝘰𝘤𝘢𝘳𝘱𝘶𝘴 𝘰𝘣𝘭𝘰𝘯𝘨𝘪𝘧𝘰𝘭𝘪𝘶𝘴), durian (𝘋𝘶𝘳𝘪𝘰 𝘻𝘪𝘣𝘦𝘵𝘩𝘪𝘯𝘶𝘴), keladan (𝘋𝘳𝘺𝘰𝘣𝘢𝘭𝘢𝘯𝘰𝘱𝘴 𝘰𝘣𝘭𝘰𝘯𝘨𝘪𝘧𝘰𝘭𝘪𝘢), merbau (𝘐𝘯𝘵𝘴𝘪𝘢 𝘱𝘢𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘪𝘤𝘢), keruing latek (𝘋𝘪𝘱𝘵𝘦𝘳𝘰𝘤𝘢𝘳𝘱𝘶𝘴 𝘦𝘭𝘰𝘯𝘨𝘢𝘵𝘶𝘴) dan meranti tembaga (𝘚𝘩𝘰𝘳𝘦𝘢 𝘭𝘦𝘱𝘳𝘰𝘴𝘶𝘭𝘢).
“Sebagai syarikat pembuatan penghawa dingin, Daikin sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf dan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar demi generasi akan datang,” kata Mitsuo.
Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat (CCU) dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM ini diadakan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang bermula pada tahun 2021 sehingga 2025.
Info: Saifulhazlin Abd Rahim
Gambar: Saifulhazlin Abd Rahim, Nasirah Mohd Nasir.
#CSR_FRIM #FRIMTanamPokok #TreePlantingFRIM #PokokKitaKehidupanKita #OurTreesOurLife #100JutaPokok #Merbau #MalaccaTeak #MerbauPokokKebangsaan #PokokKebangsaan #PokokKebangsaanMalaysia #NationalTree

Other DAIKIN X FRIM CSR Activity

LEARN MORE

DRAG

You are now leaving Daikin Malaysia

You are now leaving Daikin Malaysia

Once you link to another web site, you are subject to the terms and conditions of that web site, including but not limited to its privacy policy.

Your compare list

Compare
REMOVE ALL
COMPARE
0